Selamat Datang Di Blog SMA Negeri 2 Bangkinang Kec. Bangkinang Kab. Kampar Prop. Riau --- >>> Alamat : Jln. Dr. A. Rahman Saleh No. 55 Telp. (0762) 20191 Kode Pos 28411 ------ >>> Mudah-Mudahan Blog Ini Bermanfaat....Amiiinn.....
SILAHKAN ISI PESAN

STATIK PENGUNJUNG
JAM SEKARANG
MUSIK ONLINE
GALERI PHOTO
Dari kiri (Drs. A. Latif Hasyim, MM - Ocu Agus, JS - Yanti, ST) sedang memegang dayung raksasa
Acara perpisahan keluarga besar SMA Negeri 2 Bangkinang Tahun Pelajaran 2006/2007
Para guru pembimbing sedang mengawasi jalannya acara Pelantikan Paskib di SMA Negeri 2 Bangkinang
Para guru-guru SMA Negeri 2 Bangkinang sedang mengikuti Musyawarah Guru Mata Pelajaran (MGMP) di SMA Negeri 2 Bangkinang
Kunjunga Bupati dan Wakil Bupati Kampar ke SMA Negeri 2 Bangkinang
Sanggar Galigo SMA Negeri 2 Bangkinang sedang tampil di Lapangan Pelajar Bangkinang
SEJARAH KAMPAR
22 April 2008

KRONOLOGI PEPERISTIWAAN
Riwayat Kota Melaka Sultan Mahmud
Dirampas Feringgi


Pertengkaran Feringgi - Melaka lewat tahun 1509

Kapten *DIEGO LOPEZ de SEQUEIRA berperang dengan rakyat Melaka. Kapten de Sequeira dapat melepaskan diri lalu melaporkan kisah kepada ALFONSO D' ALBUQUERQUE. Beberapa soldadu dan kelasi angkatan kapalnya tertawan di penjara Kota Melaka, termasuk seorang pegawai Feringgi bernama RUY D'ARAUJO.[.....]



Pepuak Istana bertukar wajah thn 1510

7.2 Sesudah selesai pertelingkahan pertama dengan Feringgi, berperistiwa pula Sultan Mahmud memberahikan Tun Fatimah, isteri Tun Ali. Kelamin ini adalah dari kaum kerabat paling pintar dan terkaya sekali dalam kemewahan ekonomi metropolis Pelabuhan Melaka, iaitu puak Bendahara Tun Mutahir.

7.3 Sultan Mahmud amat kesal setelah tersilap titah menghukum bunuh hampir seisi keluarga kaum kerabat Bendahara Seri Maharaja TUN MUTAHIR dan besannya Seri Nara Diraja TUN TAHIR. Balu Tun Ali bin Tun Tahir, TUN FATIMAH binti Tun Mutahir diambil oleh Sultan Mahmud menjadi isteri baginda, bergelar Raja Ampuan Besar Fatimah. Jawatan Bendahara diserah semula kepada waris Bendahara Paduka Raja Tun Perak oleh Sultan Mahmud.

7.4 Kerajaan Melaka kekurangan pucuk pemimpin yang cekap kerana kebanyakannya telah dihukum bunuh. Mereka itu adalah kaum kerabat dekat Bendahara dan Sri Nara Diraja. Pentadbiran negeri semakin kucar-kacir. Baginda Mahmud menjadi malu; justeru meletakkan kedudukannya sebagai Yang Dipertuan Melaka. Jawatan itu diserahkan baginda bulat-bulat kepada paduka anakanda yang sedang remaja bernama RAJA AHMAD. Maka terkenallah putera yang berilmiah tauhid lagi berjiwa wira itu sebagai SULTAN MUDA (@ 'Regent' = Pemangku) yang berpunya kuasa sepenuhnya merangkap Raja Pemerintah.

7.5 Sultan Mahmud enggan tinggal di Kota Melaka lalu mengaibkan diri berpindah membuat istana bersama Raja Ampuan (Tun) Fatimah ke hulu Melaka pada suatu tempat yang disebut 'Kayu Ara'. Namun masih amat dihormati, tiada berkuasa atas kemahuannya memencilkan diri.
Sejarah Melayu Edisi Shellabear menyebut beliau secara "Kapitan Goncalo Periera." (muka surat 203.)

Ketika itu Alfonso baru saja sampai di India & belum memikul tugasnya. Alfonso menjadi Viceroy Goa awal tahun 1510.

( The Commentaries of the great Alfonso d'Albuquerque Vol. III Chapter. 8)




Sultan Mahmud berkerajaan dengan Bendahara baginda Seri Maharaja Tun Mutahir. Penghulu Bendahari negeri Seri Nara Diraja Tun Tahir (adik Bendahara). Temenggung ialah Tun Hassan anak Bendahara. Tun Ali sepupu jua kepada Laksamana Melaka iaitu Tun Khoja Hassan (menantu almarhum Laksamana Hang Tuah). Khoja Hassan & Hang Nadim berbiras.


"Maka Sultan Mahmud terlalu sangat menyesal dirinya oleh kerana membunuh Bendahara itu ........"

Tun Zainul Abidin @ Tok Tepok mengisi jawatan : Ada pun Bendahara Paduka Tuan itu telah tua, giginya pun habis, kaki pun telah tepok ... apabila Raja ada kerja, maka disuruh tandu masuk ke dalam; telah datang ke balairong maka diletakkan kepada tempat Bendahara duduk.... ."
(Sejarah Melayu m.s 216)




"Sultan Mahmud anakanda baginda Sultan Ahmad itulah dirajakan baginda. Segala pegawai dan segala alat kerajaan sekeliannya diserahkan baginda kepada Sultan Ahmad ..... Demikianlah perihal Sultan Mahmud meninggalkan kerajaan."
(Sejarah Melayu muka surat 221)




Sultan Muda Ahmad senantiasa mengkaji tasauf dan tauhid dengan Makhdum Sadar Jahan dari Jeddah

"..... Maka Sultan Mahmud Shah pun diamlah ke hulu Melaka pada suatu tempat Kayu Ara namanya. Bentara pembantu peribadi baginda ..." hanya Sang Sura seorang juga dengan baginda." (Sejarah Melayu m.s. 221).

Banyak dusun harta pusaka dan ternakan Bendahara Tun Mutahir di sekitar Kayu Ara. Almarhum seorang hartawan.

Peperangan Pelabuhan Melaka
1hb Julai - 8hb Ogos 1511

7.6 Albuquerque dlm ("Flagship") Flor de la Mar memimpin floatilla Feringgi sebanyak 16 buah kapal-kapal perang besar dan kecil mula mengatur muslihat pertempuran dengan ketibaan angkatannya di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511. Dalam minggu pertama, Alfonso membakar segala kapal-kapal dagang Gujarat yang diketahui pro Pemerintah Melaka.

7.7 Pemimpinan Sultan Muda Ahmad serta para panglima remaja itulah yang menjadi tiang aras kekuatan semangat pertahanan Pelabuhan Melaka. Serangan besar-besaran pertama oleh Feringgi bth *25 Julai 1511.

7.8 Orang-orang Besar negeri yang tertua bersama Sultan Mahmud serta kanak-kanak dan kaum perempuan rakyat Melaka bertempiaran undur ke daerah hulu Melaka dan hulu Muar. (Bekas) Raja Yang Dipertuan serta beberapa pembesar tertua baginda itu beranggar di Batu Hampar.

7.9 Sambil itu pasukan Sultan Muda masih berperang mempertahankan maruah keistanaan Melaka. Kota Melaka Diraja jatuh kegenggaman Feringgi sesudah pertempuran kemuncak pda 8hb Ogos 1511. Sultan Ahmad berundur bersama para panglima angkatan baginda ke kawasan Pagoh, berkubu di Bentayan.

Serangan Feringgi ke jajahan Muar awal tahun 1512

7.10 Tentera Feringgi di kota batu yang sedang dibina di Pelabuhan Melaka mendapat laporan bahawa di kawasan Muar, Raja-Raja & para pembesar Melaka Diraja sedang giat berutusan dari Pagoh dengan negeri-negeri Melayu demi mengumpulkan angkatan serang balas. Dgn pantas Feringgi mengaturkan penumpasan kubu-kubu Melayu di kawasan tebing Kuala Muar sehingga ke Pagoh.

7.11 Setelah diserang bertubi-tubi oleh angkatan Feringgi, kekuatan Melaka Diraja di Bentayan & Batu Hampar berundur mudik ke Hulu Sungai Muar, melalui genting Panarekan lalu ke hilir Sungai Pahang ke Kota Inderapura dalam pertengahan tahun 1512. Disambut baik oleh Raja YDP Pahang.

7.12 Raja-raja dan para pembesar Melaka bermastautin di Inderapura lebih kurang setahun lamanya. Berlaku perselisihan faham antara pihak Melaka Diraja dengan kerabat kesultanan Pahang lalu berpindahlah pihak pelarian Melaka dari kota Inderapura.

Melaka - Dalam - Buangan berpusat di Bentan hampir 12 tahun mulai 1513

7.13 Istana-istana Sultan Muda Ahmad dan Paduka ayahandanya Sultan Mahmud kian bertempat sekitar bandar Kopak. Orang-orang besar negeri & rakyat pelarian terbahagi-bahagi sekeliling perpantaian pulau tersebut dan di merata pulau-pulau jiranan Bentan.

7.14 Sesudah selamat di Kopak, Raja Yang Dipertuan Ahmad tlh mangkat diracun dek muslihat Sultan Mahmud dengan sokongan para pembesar tertentu disertai pengaruh dari dlm kamar peraduan diraja oleh Raja Ampuan Fatimah. Mereka dengki terhadap populariti
dan prestasi putera wira itu yang semakin meningkat di kalangan masyarakat bawahan.

Serang balas peperangan Melayu-Feringgi antara tetahun 1515 – 1526

7.15 Sebanyak 3 kali dalam tempoh tersebut pihak Melaka Diraja di Bentan cuba merampas kembali kota Melaka : Pertama dalam tahun 1515 & kedua pada tahun 1519

7.16 Sesudah menyedari semangat Melayu masih membara di Bentan, justeru sekitaran pulau tersebut itu telah diserangbalas oleh Feringgi sebanyak 6 kali dalam tempoh lima tahun berikutnya. Mulai tahun 1521, tentera laut Feringgi telah menyerang dan melanda seluruh kawasan gugusan Bentan.

(The Commentaries of the great Alfonso d' Albuquerque Vol III Chapter. 8)


Sejarah Melayu menyebut " ... 3 buah kapal, 8 buah ghalias, 4 buah ghali panjang, 16 buah fusta menjadi empat puluh tiga buah semuanya." (m.s. 225)


Pertempuran paling sengit sekali ialah mempertahankan jambatan Sungai Melaka menyeberang (masa kini) tebing Tranquerah (kawasan pasar besar) dengan tebing di kaki Bukit Diraja perkampungan para pembesar negeri, yakni, sekitar St. Paul's Hill sekarang.



St. James Day bagi Kristian Katholik.

Sesuatu dari tempat pelarian itu disebut masa kini (Mukim) Melaka Pindah di hulu negeri Melaka. "Maka segala orang Melaka tiada boleh berdiri di pantai daripada kesangatan bedil Feringgi itu.. Maka perang terlalu ramai. Sultan Ahmad pun keluar naik gajah, Jinakji namanya. Seri Udani di kepala gajah, Tun Ali Hati di buntut gajah. Makhdum dibawa baginda bertimbal rengka, kerana baginda berguru kepada makhdum ilmu tauhid."
(Sejarah Melayu m.s. 223)

"Tengah 30 hulubalang Melaka mati, Seri Udani cedera parah baginda luka di tangan daripada sangat tempoh anak Protugal; dinaiki dari ujong balai tiba-tiba lalu ke dalam., maka pecahlah perang orang Melaka, lalu undur.... Feringgi pun diamlah di Melaka pagar ruyong istana diperbuatnya kota."
(Sejarah Melayu muka surat 225).


(The Commentaries of the great Alfonso d'Albuquerque Vol. III Chapter. 8)


Batu-batu dibelah pahat dari sumber bukit-bukit dan perbatuan pantai. Juga dari batu-batu nisan orang-orang Islam dan Cina (di Bukit China) Separuh dibawa dari India Selatan bersama dengan sekumpulan juru-juru pahat & pakar bina kota bangsa India & Ceylon.

"Maka berperanglah ada beberapa hari maka Sang Setia pun mati maka Pagoh pun alahlah."
(Sejarah Melayu m.s. 225)

Kematian Bendahara Paduka Tuan sakit tua. Dikuburkan di Lubuk Batu.
(Sejarah Melayu m.s. 225)

Tersebut penarekan kerana sampan-sampan ditarik orang menyeberang genting itu. Masuk Kuala Sg. Jempul , mudik lalu berjalan menyeberang genting cuma sejauh 2743 meter sampai Sungai Serting menghilir Sungai Bera; masuk ke Sungai Pahang.

Puteri Sultan Mahmud dikahwinkan dengan sepupunya di Pahang yang bergelar Sultan Mansur Shah I.
(Sejarah Pahang)



Sekali lagi sesudah zaman Kerajaan Bentan-Temasik pada kurun ke 14, orang-orang Melayu bermastautin rapat dengan penduduk suku Selitar ("Orang Laut"). Kampung-kampung Melayu berganding di sisi-sisi perkampungan Orang Laut di sekitar kepulauan Riau

Laksamana Tun Khoja Hassan meninggal dunia. Jawatannya diganti oleh Hang Nadim.

Sultan Ahmad dikebumikan di Bukit Batu. Adindanya Raja Muzaffar dijadikan Raja Muda (umur l/k 7 thn).

Dalam tahun 1514 lahir putera bongsu Sultan Mahmud dengan Tun Fatimah :
Raja Ali baru berumur 44 hari lalu bergelar Sultan Muda Alauddin Riayat Shah atas desakan Tun Fatimah. Raja Muda Muzaffar diketepikan.
(Manuskrip Sejarah Johor)




(Commentaries of the great Alfonso d'Albuquerque Vol. III. Chapter 18)

Tun Khoja Ahmad jadi Bendahara bergelar Paduka Raja. Tun Hamzah jadi Seri Nara Diraja. Ramai para panglima almarhum Sultan Ahmad juga diberi gelaran.
(Sejarah Melayu m.s. 227)

"Maka Laksamana Hang Nadim ialah yang sangat masyhur, berperang yang bertimbakan darah jua, 32 kali. Akan isteri Laksamana itu, anak Laksamana Hang Tuah, peraturan saudara dua pupu pada Bendahara Lubuk Batu."
(Sejarah Melayu m.s. 227-228)

(Commentaries of the great Alfonso d' Albuquerque Vol. III Chapter 18.)
7.17 Selepas berjaya memakati bbrp negeri Melayu s’jung, termasuk Jambi dan Inderagiri, Angkatan Diraja Bentan tetap berusaha m’ambil kembali pusaka Melayu Kota Melaka secara besar-besaran dalam thn 1523. Tentera Feringgi tlh terkurung di dlm Kota Melaka selama setahun. Kegagalan pihak Bentan kali ke-3 ini bersabit dgn ketibaan armada Feringgi dari Goa sempat menyelamatkan keadaan lumpuh kebuluran para anggota Kota Melaka.

7.18 Semangat rakyat Melayu di sekitar Bentan menurun. Beribu-ribu penduduk di alam Hujung Tanah tertekan rezeki akibat peperangan yang tiada bersudah; lalu berputus asa meninggalkan kampung halaman. Mereka berpindah ke memerata pelusuk jauh dari pusat kerajaan Bentan. Pendekata, ekonomi kerajaan Melaka-Dalam-Buangan semakin pudar; lagi berkurangan anggota daya pertahanan dan semangat penyerangan yg melumpuhkan perjuangan para pemimpinnya.

7.19 Dengan titah, rombongan 30 kelengkapan laut negeri Manjong – Beruas datang mengadap ke Bentan l/k thn 1524/25. Pakatan rahsia istana dengan Tun Aria Bija Diraja (Perak) merancang Raja Muda Muzaffar dijadikan Sultan Perak demi memindahkan sgl alat kebesaran Melaka ke "Negeri Laut" @ Negeri Perak. Perlaksanaannya bertangguh tempoh oleh sebab-sebab yg tertentu.

7.20 Kemuncak penyerangan Feringgi terhadap Bentan dalam tahun 1526 berupa pelandaan besar-besaran. Peperangan bermula terhadap pelabuhan Bengkalis, dituruti ke pengkalan-pengkalan Bulang dan Lobam terbakar hangus. Kota Kara (di bandar Kopak) juga turut termusnah sama sekali. Antara tempoh tetahun yang tersebut berperistiwa Raja Muda Muzzafar dikahwinkan dengan Tun Terang, puteri Raja Ampuan Besar Tun Fatimah. (Tun Terang ialah anak almarhum Tun Ali dengan Tun Fatimah itu). Semasa di Bentan kelamin ini berputera sulong dinamakan Raja Mansur. (Kelak jadi Sultan Perak II)
(Manuskrip ' Sejarah Johor)

(Commentaries of the great Alfonso d'Albuquerque Vol. III Chapter 18).

Para penduduk Hujung Tanah berlepas ke selatan membuka tanah di pantai Sarawak & Kalimantan Barat, ke Pasir (Banjarmasin) juga berkampung halaman di Mandar dan Makassar (Sulawesi Selatan); ada yang ke daerah hilir Sungai Palembang dan ada yang bernaung ke bawah kesultanan Banten (Pulau Jawa); ada pula yang pindah ke Siak dan Jambi.
(Temuduga penulis dgn para sejarawan di Sambas, Pontianak, Mempawah, Ujung Pandang & Palembang tetahun 1967 - 1968 & 1994 - 1996).

Telah dijanjikan segala alat-alat kebesaran warisan Palembang - Melaka (Sriwijaya) akan terserah belaka untuk kesultanan Perak demi keselamatannya. Yang mula berlepas bersama kepulangan rombongan pihak Manjong - Beruas ialah alat-alat nobat & para ahlinya. Kemudian dalam tahun 1530 semasa di Kampar berangkat pula Raja Muda Muzaffar dengan alat-alat kebesaran yang lain itu.
(Sejarah Melayu edisi R.O. Winstedt JAMBRAS Vol. XVI, Part III 1938, m/s 204-206)

[Penyediaan Feringgi disedari semenjak tetahun 1524 - 25 lagi. Para negeri Melayu jiranan kuatir bersepakat membantu Bentan. Dalam keadaan cemas itulah Bentan berbicara dengan (Perak) yang masih setia.]

Kematian Temenggong Seri Udani Tun Mahaiyiddin @ Tun Mai Ulat Bulu semasa mempertahankan Kota Kara. Turut gugur Tun Sura Diraja, Tun
Kerajaan Melaka-Dalam-Buangan pindah ke Kampar dalam tahun 1526.

7.21 Sekembalinya angkatan Feringgi ke Melaka, Sultan Mahmud dan sekelian para pembesar berpindah pusat ke Sumatera, menumpang berkerajaan dengan bekas pusat negeri menantu baginda, almarhum Raja Yang Dipertuan Abdullah di Kampar. Sesudah itu tiada terdaya lagi Sultan Mahmud dan Bendahara Paduka Raja Tun Khoja Ahmad berikhtiar, mereka sudah sering sakit-sakit tua.

7.22 Bendahara Paduka Raja Tun Khoja Ahmad meninggal dunia di Kampar dalam tahun 1529. Anaknya Tun Ishak Berakah bergelar Bendahara Paduka Tuan mengganti jawatan almarhum ayahnya.

7.23 Sultan Mahmud pula mangkat setahun kemudian setelah berkerajaan selama 50 tahun. Dengan itu, mematuhi amanah almarhum, Sultan Muda Ali Alauddin Riaayat Shah dilantik menjadi Raja Yang Dipertuan sepertimana janji almarhum Mahmud kepada Raja Ampuan Besar (Tun Fatimah). Segara, Sang Jaya & Sang Lela Segara.
(Sejarah Melayu edisi Shellabear m.s. 235)

Raja Abdullah ibni Sultan Munawir Shah. Sultan Kampar ini menjadi Bendahara Feringgi Kota Melaka - (1514 - 1516) telah dihukum bunuh di sana oleh pihak Feringgi dek membelot pula terhadap kerajaan Portugal. Raja Munawir ibni Sultan Alauddin YDP Melaka ialah abang kandung kepada Sultan Mahmud Yang Dipertuan Melaka. Ramai pembesar menyokong Munawir jadi Sultan Melaka tapi ayahnya dan Tun Perak tidak setuju lalu dijadikannya Sultan Kampar.

Tun Khoja Ahmad dan anaknya itu adalah waris teras Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang terbilang semasa Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Shah YDP Melaka yang memerintah sebelum Sultan Mahmud.


Bendahara dan Laksamana mengatur Sultan Alauddin kahwin politik dengan Puteri Sultan Acheh demi mendapat sokongan. Sekembalinya menjadi YDP Johor I. Sementara itu, Raja Muda Muzaffar diusir dari Kampar jadi Sultan Perak I.
(Sejarah Melayu edisi R.O. Winstedt JAMBRAS Vol. XVI, Part III, 1938 & Tarikh Atcheh)

PERANCANGAN MELETAKKAN BENIH RAJA MELAKA
KE “NEGERI LAUT INDERA SAKTI”
(Tindak-tanduk pemutuskata di Bentan dan di Kampar)

8.1 Ada lagi beberapa fasal yang jarang sekali dipersoalkan, perihal di sebalik kisah-kisah sejarah kerajaan-kerajaan Melaka dan Perak. Cerita-cerita itu bukan kesemuanya cuma dicipta-cipta; tetapi tidak seharusnya, yang terketara sahih itu kesemuanya jelas tercetera! Sesuatu yang masih terselubung ialah perihal di sebalik riwayat perancangan menubuhkan institusi kerajaan benih warisan Melaka Diraja di negeri Perak pada peringkat induk, yakni, berbanding secara spesifik, dengan kedudukan kerajaan negeri Beruas-Manjong yang sudah lama terbangun. Tidak dapat dinafikan, jika tiada disebabkan oleh budaya politik nepotisme di perkarangan istana ‘Hujung Tanah’, dan oleh beberapa personaliti terkemuka yang sedang mentadbirkan kawasan Manjong-Beruas, nescaya tidaklah timbul sebuah kerajaan yang dikenali sekarang sebagai Negeri Perak Darul Ridzuan.

8.2 Ada beberapa versi jalan cerita yang diketahui tentang perihal datangnya seorang Waris Teras kesultanan Melaka lalu memerintah dari bumi alam Pulau ‘Indera Sakti’. Dengan kehadiran baginda, memang menjadi “otomatis” adanya Juru Tabal dan nobat serta orang-orangnya. Yang terutama diperujukkan adalah pengisahan sepertimana yang terkandung di dalam ‘Sulalatus Salatin’ yang tertua sekali diketahui. Semenjak tetahun abad ke 19 lagi sudah ada dipersoalkan tentang resensi salinan-salinannya, yang telah dihurai buraikan, kerana terbukti kandungan dan niat yang tersirat di sebalik penulisan versi-versi daripada yang tersebut disyaki terpinda. Manakala beberapa hal kisah asalnya pula sudah ditambah atas penyalinan di Pulau Riau dalam anggaran abad ke 18 – ke 19. Dari konteks sejarah Perak, kisah kedatangan Raja Muzaffar itu hanya tercatit di dalam Sulalatus Salatin resensi versi ‘Raffles MS No 18’ sahaja. Dalam pada itu, pernah jua ditemui pencetakan salinan manuskrip yang tersebut pada masakini juga telah tersunting lagi, seolah tidak mahu mencatitkan pembabitan negeri Perak di samping Kerajaan Johor-Riau. Maka bagi siapa yang tidak pernah membaca kandungan ‘Sejarah Melayu’ “edisi Winstedt” (JAMBRAS Vol. XVI, Part III, 1938) misalnya, tidak dapatlah menganalisai tempat-tempat yang sengaja dipadamkan dari pengetahuan umum.

8.3 Hasil muslihat pemadaman dan ubahsuai yang termaklum, bagi keseluruhannya kini cuma termuncul fakta-fakta yang separuh benar sahaja. Memang ada beberapa peristiwa yang masih tersorok ataupun terselubung atas pindaan-pindaan para penyalin dan penyuntingan yang memendam hasrat sosio politik yang tertentu. Terkhusus oleh pengarang yang beririhati bahawa masih ada orang-orang dalaman yang tetap taat setia terhadap Raja Muzaffar suami isteri. Oleh itu, tidaklah dapat diperusirkan kisah-kisahnya dengan sewenang-wenang tanpa memikirkan tindakbalas yang akan terbit pada kemudian hari; kerana seperti kata-kata Bendahara Johor, TUN ISHAK BERAKAH.., “…Lagi-laginya jangan demikian, kerana lainkah Sultan Pahang dan Sultan Perak dengan Yang Dipertuan? Sekaliannya itu tuan pada kita.” Nampaknya, walau bagaimana sekalipun Raja Muzaffar itu tidak dikehendaki berada di sisi adindanya Sultan Alauddin Riayat Shah, Yang Dipertuan Johor yang pertama, pemergian baginda Muzaffar Shah ke Perak itu tidaklah konon sekadar sekelamin semata-mata tanpa pengiringan orang-orang kenamaan yang berpatutan jumlahnya. Para pengiring baginda suami-isteri langsung tidak disebut dalam mana-mana resensi Sejarah Melayu. Selain dari yang lain, memang ada kehadiran orang-orang Muntah Lembu dan seorang baka Nara yang turut ke Perak. Penyertaan mereka itu seharusnya adalah atas beberapa pasal di antara kemungkinan berikut :

* Kedatangan Nobat Melaka ke jajahan Manjong-Beruas atas keanugerahan martabat pemerintah yang berkenobatan oleh Sultan Mahmud Shah (1480-1530) kepada seorang keturunan Raja Beruas asal, yang telah bergelar di Melaka sebagai ‘TUN ARIA BIJA DIRAJA’. Dengan penggelaran itu, langsunglah “dinobatkan sekali... maka ia duduk di Manjong dan Tun Aria Bija Diraja pun nobatlah di Manjong; segala hulubalangnya mengadap nobat. Telah sudah nobat semuanya orang menyembah padanya, maka ia berpaling menyembah ke Melaka, katanya, ‘Daulat Sultan Mahmud!’ ”.

(Ataupun)

* Penambahan angkatan orang-orang Muntah Lembu yang komprehensif telah diperintahkan mengikut Raja Manjong-Beruas sesudah beliau kembali dari persuaan kali ke 2 dengan baginda Sultan Mahmud pada ketika kerajaan Melayu Melaka sedang beranggar untuk beberapa tahun di Pulau Bentan. Dalam peristiwa pada kali yang kedua ini, “....dianugerahi baginda nobat, disuruh baginda nobat di barat...... maka dicabut baginda cincin di jari baginda, diberikan pada Tun Aria Bija Diraja....” dengan titah Sultan Mahmud Shah, “Adapun Tun Aria Bija Diraja seperti janji kita buangkan ke laut, jikalau ada untung kita, kalau timbul”. Sesampainya ke Manjong, nobat (tambahan?) pun dipalu; dan seperti kelaziman Tun Aria Bija Diraja, beliau pun pada kali ini “....menyembah mengadap ke Bentan seraya katanya ‘Daulat Sultan Mahmud Shah!’ ”.

(Ataupun)

* Penyertaan sebadan perwakilan Raja Pagar Ruyung yang diketuai oleh MEGAT TERAWIS; termasuklah orang-orang “Raja Sang Kala” dan alat-alat nobat dari puak pewaris “Raja Sang Purba” di Minangkabau; yang telah bersatu dengan kumpulan Raja Muda Muzaffar ibni Sultan Mahmud Shah, dalam peristiwa mengusir baginda suami isteri dari Kampar ke Perak.

8.4 Sementara itu, versi kisah kedatangan Raja Muzaffar mengikut cerita-cerita lisan turun-temurun yang telah didaftarkan untuk buku-buku cenderamata istana di negeri Perak, dan di dalam terbitan naskhah-naskhah tertentu, telah mengeluarkan versi-versi dari sudut negeri Perak. Jalan ceritanya namun lebih kurang selari, akan tetapi berbeza daripada pandangan prejudis Johor dan Pulau Riau seolah penglibatan orang-orang Acheh, Minangkabau, Pasai, Kedah, Kelantan dan Pattani yang banyak memainkan watak penting dalam ‘Sejarah Melayu’ itu tidak terlibat langsung.

Dari Sudut ‘Hujung Tanah’

8.5 Kasih Sultan Mahmud Shah terhadap puteranya Raja Muzaffar yang terhasil dari perkahwinan baginda dengan Puteri ONANG KINANG (atau Onang “Kening” anak Sultan Menawar Shah Yang Dipertuan Kelantan) telah menjadi pudar dengan penekanan psikologi peribadi oleh ‘Raja Perempuan Besar’ TUN FATIMAH binti Bendahara Seri Maharaja TUN MUTAHIR. Balu Tun Ali ini telah pun melahirkan RAJA ALI @ “Raja Kecil Besar” di Kopak dalam tahun 1513. Maka impian Tun Fatimah mahukan putera penghasilan dari beliau dijadikan bakal Yang Dipertuan telah pun terhasil.

8.6 Satu demi satu alat-alat kebesaran diraja yang telah dianugerahi Sultan Mahmud Shah kepada Raja Muzaffar sebagai yang “ditimangkan baginda akan kerajaan”, telah diambil balik untuk kelengkapan upacara menyambut kelahiran Raja Ali; bermula dengan @ peterana ciur yang dahulunya telah dibuat khas untuk (Raja Muda) Muzaffar. Kemudian, “permaidani daripada Raja Muzaffar pun diambil orang pula, maka tinggal tikar hamparan sehelai setara orang banyak”. Setelah genap empat puluh hari Raja Ali dilahirkan, lalu beliau “....ditabalkan ayahanda baginda, digelar ‘SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH’, disebut orang ‘Sultan Muda’ ”. Pertindakan seperti ini membayangkan seolah-olah sudah tidak sabar lagi Sultan Mahmud dan sang permaisuri baginda ingin menjaminkan bakal Raja Pemerintah yang akan mengganti baginda kelak mestilah Raja Kecil Besar @ Sultan Muda Ali putera dari Tun Fatimah. Tindak tanduk sikap pilih kasih yang terang-terang bermuslihat anti-adat seperti ini pernah dan masih berlaku sampai ke dewasa ini di beberapa buah negeri kesultanan Melayu di Semenanjung.

8.7 Ulasan : Tun Aria Bija Diraja datang mengadap Tuannya di Bentan dalam anggaran tahun 1524/5. Rencana induk untuk dipulangkan kepadanya Raja Muzaffar, menetap jauh dari Bentan sudahpun berputik dalam pakatan dan cuma menunggu suasana yang baik sahaja. Ada kemungkinan pada ketika itu Bendahara TUN KHOJA AHMAD telah meluahkan perasaannya laksana terlampau zalim memulaukan putera yang masih kebudakan kepada sebuah kawasan yang amat asing bagi Raja Muzaffar; mengasihani agar terjejas akal kewarasan putera itu nanti. Haruslah Raja Muda Muzaffar pada dasarnya telah dijadikan umpama “Teras Simpanan”; akan dipelihara dalam pengasingan agar kelak berlaku apa-apa cacat cela Sultan Muda Ali, (sedang berusia 1/k 11/12 tahun), maka Raja Muzaffar (1/k usia 16/18 tahun) bolehlah dipertuankan sebagai gantian. Lebih-lebih lagi penyampingan adanya Pedang ‘CUREK SI MANJAKINI’10, MOHOR HALILINTAR “SULTAN MOHAMAD SHAH” dan beberapa barang kebesaran diraja pusaka kerajaan Melaka yang kini terbukti berada di Perak, membayangkan Tun Sri Lanang sendiri pun tidak berani mengakui terang-terang Raja Muda Muzaffar lebih berhak menduduki takhta kesultanan Melaka daripada paduka adindanya. Hal ehwal pemergian baginda ke Perak itu, sewajarnyalah memerlukan serombongan para pengiring yang amat setimpal dengan martabat kebesaran perkakas-perkakas tersebut. Dalam pada itu, Tun Aria Bija Diraja dan angkatannya telah pulang ke Manjong hanya membawa Nobat ketakhtaan Melaka. Sudah tentu ‘orang-orang Muntah Lembu’nya juga turut bersama; kerana alat-alat Nobat Melaka hanya boleh dibunyikan oleh para golongan ‘Muntah Lembu’ sahaja. Mungkin risiko perampasan dalam huru hara peperangan Melayu-Feringgi telah menjadi fakta pertimbangan terutama yang menghalang pemindahan Kerabat Teras dan perkakas-perkakas kebesaran takhta itu dari Pulau Bentan ke kawasan Manjong-Beruas. Oleh hal yang demikian, cuma alat-alat nobat diraja Melaka dan orang-orang pemainnya sahaja yang sudah sampai terlebih awal di Manjong dari Bentan bersama rombongan Tun Aria Bija Diraja.

8.8 Cuba kita pertimbangkan alasan ini..... Sesudah Tun Aria Bija Diraja menyahut hasrat Sultan Mahmud yang ingin berjumpa dengan pihak Manjong-Beruas, maka orang-orang besar dari jajahan yang kini terpencil di jajahan barat Semenanjung itu pun sampailah dengan angkatan “tiga-puluh banyak kelengkapan”11. Selesai perbincangan lalu diberi persalinan selengkapnya dan dianugerahi nobat (kali kedua!) justeru dititah oleh Sultan kepada pihak Manjong-Beruas “.....disuruh baginda nobat di barat”12. Itu dengan sendirinya membuktikan bukanlah sekadar Tun Aria Bija Diraja yang sebenarnya mendapat anugerah nobat di Bentan, kerana kerabat diraja Beruas ini sudahpun menerima perkakas nobat dan bermartabat kenobatan semenjak zaman Sultan Mahmud masih bertakhta di Kota Melaka lagi!13 Negeri Manjong-Beruas tidak diserang Feringgi, maka tidak mungkin alat-alat yang asal itu termusnah. Penitahan Raja Melaka (di Bentan) pada ketika di Kopak itu adalah demi berbunyilah nobat alat-alat ketakhtaan Raja Melaka menggempitakan daulat pengisytiharan agung dan menjadi petanda14 adanya sesuatu rencana yang akan menyusuri bagi memindahkan bekas kuasa Melaka ke bumi Beruas.

8.9 Implikasi pembayangan hasrat yang tersebut seharusnya jelas, kerana hanya dikisahkan sekali sahaja dalam ‘Sejarah Melayu’ tentang Raja Melaka memberi suatu petanda yang lebih jauh istimewa dari penganugerahan sehelai daun sirih daripada tepak sirih Puan Nagataru15: CINCIN PERIBADI YANG SEDANG DIPAKAI BAGINDA telah diserahkan kepada ketua rombongan itu, seraya pesan bertitah Sultan, “Adapun Tun Aria Bija Diraja seperti JANJI KITA BUANGKAN KE LAUT, JIKALAU ADA UNTUNG KITA, KALAU TIMBUL”16. Penglafazan itu bukanlah secara ‘literal’ tetapi adalah sesungguhnya suatu bahasa berkias.

8.10 Cincin diraja yang disampaikan kepada Tun Aria Bija Diraja adalah laksana sebuah lambang pengganti kezahiran diri demi sebelum mengijabkabulkan penghantaran seorang anak raja Waris Teras kesultanan Melaka untuk dijadikan Raja Yang Dipertuan (Perak), “Melaka Dalam Buangan”. Cincin disertai Nobat = Raja (si polan) sedang berdaulat di dalam negeri (anu). Itu adalah resam adat tradisional yang disebut “Kiasan Bisu”17. Jika direnung dengan mendalam, apalah negeri Manjong-Beruas itu bukankah ia sudah terkenal sebagai “Gangganegara” = ‘Negeri Laut’?! Dengan berlatarkan fahaman-fahaman seperti itulah baginda Sultan Mahmud Shah telah berharap kepada Tun Aria Bija Diraja; lalu dipasak pula dengan kata-kata kiasan tentang pakatan dan janji baginda seandai dibuangkan seorang Waris Teras ke “(Negeri) Laut”, dan jikalau ada nasib tuah daulatnya, moga-moga timbul dari pancuran zuriat itu membawa manfaat bagi bangsa ‘Bukit Saguntang’!

8.11 Gara-gara simbolisme yang tersebut di atas ini membentangkan bukti fakta berupa sesuatu perkara yang terselubung tetapi nyata yang dibayangi dalam ‘Sejarah Melayu’. Insiden yang mengkiasi hasrat itu justeru menyusurlah suatu perlaksanaan yang dipatuhi secara beransur-ansur. Raja Muzaffar yang tidak diperkenani oleh ‘Raja Perempuan Besar’ Tun Fatimah itu adalah yang terpilih secara peribadinya, melambangkan pelaburan imej Teras kesultanan Melaka yang akan diletakkan di jajahan pantai barat di utara Semenanjung. Kerana kesultanan Kedah mahupun Pattani-Kelantan tidak dianggap dari keturunan “Raja Sang Sapurba” yang pernah bertradisi memerintah dari Temasik-Melaka; termasuklah benih leluhur Raja Beruas asal18.

8.12 Telahpun ditradisikan semenjak abad ke 14, “Kerajaan Bukit Saguntang” berpusat dan memerintah dari kawasan di sekitaran selatan Semenanjung. Memindah ke utara (perpantaian barat atau timur) dapatlah tersirat, akan membawa kepada satu masalah penekanan jiwa atau semangat. Ataupun apakah dirasakan “luar biasa” atau “kekok” bagi sekelian yang telah sebati bertradisi kekuasaan istana dari “Hujung Tanah”? Tetapi apalah akan terdaya, dan terpaksalah dipertimbangkan ‘alternatif-alternatif’ atas kemungkinan berpindah jauh dari kawasan selatan Semenanjung, kerana kawasan di selatan itu amat hampir dengan kekuatan dan ancaman Feringgi di Kota Melaka yang sering menyekat ekonomi negeri dan menyerang kuasa Bentan bertalu-talu19.

8.13 Para pemimpin Melayu memang turun menurun cekap bermain politk. Tidak kurang hebatnya mereka pada zaman kesultanan Melaka. Dalam merancanakan politik dalaman istana itu seharusnya terbit was-was sekalian pembesar dan Raja Melaka-Dalam-Buangan, apalah risiko sosio politik yang akan timbul kelak. Timba balas mungkin boleh terjadi, membawa angkara akibat sanjungan para pembesar bumi Pulau ‘Indera Sakti’ terhadap Raja ‘Melaka’ yang akan diletakkan di sana nanti. Seandainya Raja Muzaffar itu menjadi ‘Raja Bertuah’, bijak mentadbirkan negeri, risikonya, kerajaan di ‘Hujung Tanah’ boleh juga menempuhi suatu keadaan persaingan politik yang akan menjatuhkan air muka para pembenci, yang dahulunya membuangkan baginda ke perpantaian ‘Negeri Laut”. Bukan sahaja kerajaan Melayu di Selatan Semenanjung itu sedang berkonfrantasi dengan kuasa “kafir” dari barat dan Siam, malah mungkin pula terganggu ekonomi dan imej oleh suatu kuasa Melayu ‘Bukit Saguntang’ II dari utara. Akibatnya, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Ciri-ciri bertukar-tukar manifestasi dasar kerajaan, ambil alih dan rampas kuasa, daripada sesuatu dinasti atau cambahan dari aliran dinasti asal bukannya suatu perkara yang aneh. Sudah biasa, bukan sekadar di alam ‘Teratai’ pra Srivijaya, malah adalah suatu norma di seluruh alam kerajaan feudal di Asia. Negeri-negeri Kedah, Pattani dan Kelantan sudah tentu lebih secucuk mengagungi Raja Pemerintah (Perak) kerana Raja Muda Muzaffar adalah diperakui ‘Waris Teras Diraja Melaka’ yang mempunyai darah Kelantan-Pattani! Dan Kedah sudahpun menerima kedaulatan politik yang berdaulat nobat Melaka, juga negeri Pattani20. Apalah amat senang meletakkan dasar pergabungan kekuatan kepada seorang putera “Melaka” yang telah terusir dan menjadi jiran tetangga mereka! Ketiga-tiga kekerajaan Beruas, Kedah dan Pattani mungkin inginkan martabat yang sama setimpal dengan prastasi kesultanan Melaka. Tetapi itu hanyalah spekulasi penulis semata-mata, memandangkan riwayat warisan kerajaan-kerajaan tersebut jauh lebih lama, lebih luhur, dari kerajaan Melaka.21

8.14 Pertimbangan-pertimbangan risiko sosio politik antara negeri seperti itulah yang mungkin berkobar-kobaran di dalam sanubari para pembesar dan Raja Yang Dipertuan ‘Hujung Tanah’, yang sewajarnya angkuh dan megah memegangi hakikat pencengkaman kuasa, yang berlandas tradisi dan imej tertubuhnya pusat emporium Melayu Pahang-Bentan-Temasik-Melaka dalam abad-abad ke 13 - ke 16 Masihi.


Melaksanakan Persefahaman Bentan


8.15 Jika diperpatuhi kisah yang separuh jelas daripada kandungan ‘Raffles MS No 18’22, beginilah yang tersebut tatkala diceritakan peristiwa pemergiaan Raja Muda Muzaffar:

* ‘Setelah Marhum di Kampar sudah mangkat, maka baginda Sultan Muda kerajaan, gelar baginda ‘Sultan Alauddin Riayat Shah’, maka Raja Muda Perempuan diincitkan oleh Bendahara dan segala orang-orang kaya. Maka kata Raja (Muda Perempuan): “Mengapatah maka beta dinyahkan? Masakan beta merebut kerajaan Sultan Muda?”......Dengan ayat ini, ketaralah yang mempersoalkan kedudukan Raja Muzaffar (suami isteri) ialah TUN TERANG selaku permaisuri kepada Raja Muda’.
* ‘Maka kata segala orang kaya-kaya itu’..... (bagi membalas persoalan Tun Terang).... “bai’ah” juga Raja Muda pergi dari negeri ini...”

* Yang menarik dari kata-kata pertengkaran di antara orang-orang besar dengan Tun Terang itu adalah perkataan “BAI’AH”; Kalau kita mengubah perkataan Arab itu kepada perkataan Melayu, ia bererti = ‘melakukan sumpah setia’; atau ‘perjanjian untuk mematuhi segala perjanjian yang telah ditetapkan’; atau ‘berikrar terhadap mahupun “kepada sesuatu kuasa dan pemerintah” ’. Nama Allah SWT disebut sebagai saksi menandakan keikhlasan dan kejujuran perjanjian (“bai’ah/baiah”) yang terjalin. Dalam ertikata ayat seandai kita menukarkan Bai’ah itu kepada maksud yang tersirat, ianya adalah = ‘mematuhi / menepati / menuruti kesetiaan kepada janji / persefahaman / titah perintah / wasiat / hebah yang telah disertai hukum bersaksi kepada Allah SWT’. Yakni manusia itu mesti melakonkan pekerjaan Zat Allah. Seharusnya kita sedar bahawa di dalam suasana abad-abad ke 16 hingga ke 17 Masihi, itulah zaman kemuncakan ilmu-ilmu teologi Islam yang menular di alam ‘Teratai’. Ilmu mengenal hakikat ‘Allah’ sedang hangat dipraktisi.

* Kalau kita gunakan bahasa Melayu menggantikan ‘baiah’ daripada kandungan ayat berkenaan ia akan berbunyi: maka kata (diperingat oleh) segala orang kaya-kaya itu’.....(dengan) menepati janji kepada Allah juga Raja Muda pergi dari negeri ini. Ianya lebih-lebih lagi membuktikan bahawa:-

(i) Ada sesuatu persefahaman / wasiat / perjanjian ataupun titah almarhum Sultan Mahmud yang telah terbit. Cuma masa dan di mana itu sahaja yang tidak diterangkan. Yakni, sudah tersedia maklum semenjak di Bentan.

(ii) Raja Muda Muzaffar mematuhi sesuatu amanah yang telah dibuat. Tetapi dengan atau dari siapa? Oleh siapa dan kepada siapa? Yakni, atas kemahuan Allah yang dilakonkan atas titah paduka ayahandanya dan yang sudah terpakat bersama-sama para pembesar baginda dan juga pemerintah Manjong-Beruas.

(iii) Tun Terang enggan berlepas dari rumah sehinggalah diperingatkan dengan kata-kata (ayat) itu. Kerana Tun Terang berleter-leter maka dalam pertengkaran yang sewajarnya telah timbul, lalu di“hincitkan”lah. “Hincit / incit” itu adalah sebutan menghalau dalam kemarahan.

* “Maka kata Raja (Muda Perempuan @ Tun Terang binti Seri Nara Tun Ali), “Nantilah, nasi beta lagi di dapur, belum masak”. Maka kata segala orang kaya-kaya, “apa akan nanti lagi? Sekaranglah turun!” .....Membuktikan bahawa yang ingin melengah-lengahkan rencana pemindahan / keberangkatan Raja Muda Muzaffar ke Perak itu adalah disebabkan oleh isterinya Tun Terang, yang keras hati mempertahankan hak kedudukan darjat sebagai kakak tiri Sultan Alauddin, juga atas keturunannya berdarah Bendahara Tun Mutahir dan Seri Nara Tun Ali23. Kedua-dua golongan ‘kekelingan’ yang tersebut itu memang senantiasa berseteru dengan puak Bendahara berdarah Melayu jati dari keturunan Paduka Raja Tun Perak dan adindanya “Bendahara Putih”24. Bendahara Paduka Raja Tun Ishak ‘Barakah’ memang diketahui tiada suka kepada Tun Fatimah dan anaknya Tun Terang.

8.16 Mengikut kisah Raja Muzaffar dan rombongan yang berangkat ke Perak itu, ‘Sulalatus Salatin’ yang tertua diketahui itu telah menceritakan secara ringkas sahaja bunyinya:

‘Maka Raja Muda pun menumpanglah pada sebuah balok, baginda ke Siak, dari Siak lalu ke Kelang. Maka ada seorang Manjong, ‘Si Tumi’ namanya, dia sentiasa berniaga dari Perak ke Kelang, maka dilihatnya Raja Muda di Kelang, maka dibawanya ke Perak. Maka dirajakannya di Perak, maka baginda bernama Sultan Muzaffar Shah’.

8.17 Dalam pada itu, sepertimana yang telah diketahui, Raja Muzaffar masih diperakui “Raja Muda” semenjak di Kopak lagi. Pangkat baginda tidak pernah dilucutkan. Yang dipersoalkan sekarang ialah SIAPAKAH YANG MENYIMPAN ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA? Sejarah Melayu langsung tiada menyebut hal ehwalnya semenjak kemunduran institusi dari bumi Melaka. Sekiranya barang-barang itu telah terserah kesemuanya kepada simpanan Raja Perempuan Besar Tun Fatimah, nescaya ‘Perkakas Kerajaan’ itu tetap akan diperalatkan bagi Sultan Alauddin Riayat Shah sesudah baginda remaja dan memerintah negeri Johor pada kemudian zaman. Hiasan kebesaran diraja sebagai “Raja Pemerintah” semestinya tidak dipakai semasa perlantikan Raja Ali dalam upacara istiadat penggelarannya di Pulau Bentan. Seandai Sultan Mahmud sudah ke Rahmatullah di Bentan, sepertimana adatnya dalam perlantikan Raja Pemerintah yang masih “di bawah umur”, Perkakas Kerajaan itu akan dipamerkan di hadapan diraja yang sedang diriba di peterakna. Alat-alat kebesaran itu semuanya diaturkan di atas singgahsana. Biasanya sang ibu / ibu angkat diraja / ibu saudara diraja ataupun ‘Paduka Tuan’ / ’Paduka Raja’ / Seri Maharaja, Bendahara atau Seri Nara Diraja25 yang akan memangku Raja itu. Ini berimplikasi bahawa sang Yang Dipertuan itu masih belum dinobatkan secara sempurna sehinggalah baginda ditabalkan secara komprehensif kelak apabila remaja / dewasa; manakala baginda sudah waras dan memahami kandungan ertikata pembisikan ‘Rahsia Nazab Sultani’. Yang cuma dipakai oleh Raja Kekanakan itu ialah ‘Cap Halilintar’ di destar baginda. Namun demikian, sudahlah diperakui dan diisytiharkan secara rasmi kedudukan dan martabat kesultanannya. Maka yang sedang memerintah negeri ialah Orang Kaya Bendahara bagi pihak Raja Kekanakan itu26.

8.18 Dalam logika yang tersebut, adalah mematuhi adat bahawa yang bertanggungjawab tentang Perkakas Kerajaan pada tempoh masa kemangkatan Baginda Mahmud Shah di Kampar ialah Bendahara dan Seri Bija Diraja! (Seri Bija Diraja Melaka = Jurutabal @ Seri Nara Diraja Perak) Temenggung dan Laksamana mengawal keselamatan. Manakala Seri Nara Diraja (Melaka) menentukan ianya tersimpan di perbendaharaan istana.

8.19 Perkakas Kerajaan Diraja Melaka adalah tergolong dan seperkara yang diertikan ke dalam ‘bai’ah’ pakatan di antara Kerajaan Hujung Tanah dengan Kerajaan Manjong-Beruas di Bentan itu: Kalau tidak, ianya sekian berada dalam simpanan menjadi pusaka milik takhta kerajaan negeri Perak sekarang.

8.20 ‘Sejarah Melayu’ telah membayangkan seolah Raja Muda Muzaffar yang dipercayai berumur lebih kurang 5-6 tahun tertua dari Raja Ali itu menghormati segala arahan dari pihak kerajaan paduka adindanya. Daripada pengisahan baginda semasa kekanakan di Pulau Bentan lagi, personalitinya terserlah sebagai seorang putera yang penurut - ‘tidak banyak kisah’. Sebagai seorang pemimpin negeri dengan kehadiran panglima-panglima angkatan muda yang gagah perkasa, baginda nescaya akan cuma tersanjung sebagai seorang Raja yang dikasihani; berbeza sekali dengan keperkasaan personaliti (almarhum-almarhum kesultanan Melaka) Mansur Shah, Alauddin Shah dan kekanda baginda sendiri - “Almarhum Sultan Muda” Ahmad. Atas perasaan yang sedemikianlah nampaknya, segolongan para pembesar memandang secara bersimpati atas nasib malang baginda yang dipaksa berpindah (tetapi dikasihani).


Pemastian Dari Acheh


8.22 Dalam anggaran tahun 1526, ‘Kerajaan Hujung Tanah’ telah dilanda besar-besaran oleh kuasa Feringgi bagi kali keenam27. Angkatan bekas kerajaan Melaka-Dalam-Buangan di Bentan telah berpindah sekali lagi, kali ini ke Kampar. Dari pengkalan di Sumatera itu, Bendahara Paduka Raja telah mengaturkan pentadbiran seberapa yang sempurna. Lebih kurang setahun dua sesudah itu (1528?) beliau meninggal dunia. Puteranya, Hulubalang Besar TUN ISHAK ‘BERAKAH’ telah menggantikan jawatan almarhum ayahnya dan sejurus itu, bergelar ‘BENDAHARA PADUKA TUAN’. Dalam tahun 1530 Sultan Mahmud Shah pula mangkat memperluangkan takhta kepada bakal yang sudah pun terjamin, iaitu putera Tun Fatimah yang sudah berumur 17 tahun. Layaklah pada dasarnya baginda menggantikan tempat paduka almarhum; tetapi pada hakikatnya tidak.

8.22 Kerana kini timbul pula fasal meletakkan bakal Raja menjadi Yang Dipertuan. Ianya hanya boleh terlaksana apakala putera itu telah pun mematuhi kehendak adat resam dan syarat Islam. Tertakluk oleh hukum bahawa si dia itu wajib bersuri rumahnya; yakni mempunyai Permaisuri. Sekiranya membujang, syarat adat resam dan hukum syariah telah menetapkan bahawa bakal pemerintah tidak boleh berkedudukan apa-apa jawatan kejembalaan; oleh itu, TIDAK SAH28. Maka sudahkah putera Tun Fatimah itu memenuhi segala syarat-syarat termaksud demi membolehkannya menduduki peterakna kesultanan Melaka? Baginda Raja Kecil Besar @ ‘Sultan Muda’ Ali telah disahkan menjadi Raja Yang Dipertuan oleh Sultan Salahuddin, Yang Dipertuan Acheh, sesudah sahaja selesai persandingan baginda Sultan Alauddin Riayat Shah dengan puteri Sultan Acheh itu. Nyatalah tiada lagi apa dalih dan sebab baginda tidak sempurna dijadikan Raja Pemerintah, kerana baginda sudah mempunyai seorang Raja Perempuan yang telah diaturkan dengan tergesa-gesa baginya!

8.23 Perkahwinan diraja Johor-Acheh itu tiada langsung dicatitkan dalam mana-mana ‘Sejarah Melayu’! Jelas, kisahnya juga tersunting!29 Perihal perkahwinan ini disyaki penulis atas daya inisiatif Bendahara Paduka Tuan Tun Ishak. Beliau ini memang sudah terkenal atas kepintarannya. Laksamana Hang Nadim telah dihantar mengadap Sultan Acheh sesudah mustahid tempoh berkabung. Begini yang tercatit di dalam ‘TARICH ATJEH’30:-

“Sulthan Salahuddin ibnu-Ali Mughajat Sjah memerintah dari tahun 1530-1537m. Dalam masa Sulthan Salahuddin memerintah datanglah ke Atjeh Laksamana Nadim jang disertai oleh orang besar2 dari Udjung Tanah datang untuk meminta bantuan perang dan meminang seorang putri Atjeh mendjadi isteri Radja Ali putra Mahkota Sulthan Mahmud Sjah bekas Sulthan Melaka jang baru mangkat di Kampar. Maka dengan sepakat segala orang2 besar di Atjeh, pinangan Laksmana Nadim diterima oleh Sulthan Salahuddin dan Radja Ali diterima mendjadi menantunja. Satelah menjerahkan tanda kawin (ranubkong-baba), Laksmana Nadim pulang ke tempatnja. Kemudian tiada berapa lama datanglah orang2 besar dari Udjung Tanah menghantar penganten Radja Ali untuk bernikah dengan putri Sulthan Salahuddin. Satelah selesai perkahwinan dan menjelesaikan persandingannja maka segala orang2 besar keradjaan Atjeh sepakat dengan Laksmana Nadim untuk melawan kekuasaan Portugis di Melaka. Maka pulanglah Radja Ali jang sudah bergelar Sulthan Alaadin Rakjat Sjah menudju ke satu pulau didekat Udjung Tanah. Isteri Sulthan Alaadin Rakjat Sjahpun ikut serta dengan suaminja. Untuk menghantar dan mengawani penganten baru itu turut pula serombongan orang2 dari Atjeh jang dikepalai oleh Panglima Bukit jang berasal dari negeri Lingga Atjeh Tengah (Gojo)”.

“Sesudah sampai ke pulau jang ditudju itu, berhentilah rombongan penganten baru di pulau tersebut. Didirikan disitu satu kota tempat bersemajam Sulthan Alaadin jang baru pulang dari Atjeh. Untuk kenang2an kota itu diberi bernama Kuta Lingga, menurut nama kampung asal Panglima Bukit. Kemudian nama Kuta Lingga itu mendjadi nama pulau, jaitu Pulau Lingga”.

Puteri-puteri Inderagiri dan Pasai memang tiada diperkenani oleh Bendahara Tun Ishak atas beberapa peristiwa silam semenjak zaman kerajaan kesultanan Melaka lagi. Oleh itu, sudah pasti tidak disarankan menjadi calon isteri Kebawah Duli Sultan Alauddin. Tun Ishak itu tidaklah dipanggil ‘BARAKAH’ oleh rakan-rakan seangkatannya tanpa sebab-menyebab!

Penganalisaan Faktor Kampar

8.24 Tanggal kemangkatan Baginda Mahmud di Kampar kian terpasti pada tahun 1530, sepertimana yang dilaporkan oleh ‘TARICH ATJEH’. Maka adalah dalam sangkaan penulis, pengusiran Raja Muzaffar serombongan itu berkisah di antara tetahun 1530-1531. Secara anggapan sementara, penulis meletakkan dalam tahun 1531. Ini adalah berdasarkan:-

*(A) Mereka masih berada di Kampar selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah.
(Dalam pada itu)

*(B) Menangguh-nangguh akan penungguan “saat yang baik juga hendak berangkat...” ke Perak. Mungkin ingin menanti siapa yang akan disahkan mengganti kesultanan “Melaka” serta Raja Perempuannya. Maka dengan tergesa-gesa “Raja Mahkota” Alauddin Riayat Shah yang masih bujang telah diatur peminangannya kepada puteri Sultan Acheh. Tetapi, sudah pasti perkahwinan diraja di Acheh telah berlangsung selepas suatu lagi perkara yang pada masa sebelum ini tidak diambil kira: Adat-istiadat pertabalan Raja-Raja Melaka akan berlangsung hanya SELEPAS 100 HARI ‘Berkabung’ sesudah mustahid pengkebumiaan jenazah diraja, iaitu almarhum Mahmud Shah. Penyudahan berkabung berupacaralah istiadat ‘Meletakkan Batu Nisan’ dan “Buat Kandang”31, barulah nobat mula dipalu kembali. Lazimnya persiapan untuk menabalkan Raja baru hanya boleh dilaksanakan selepas kesunyian nobat 100 hari, sebab istiadat “Meletak Kerja” mesti diisytiharkan dengan paluan Nobat. Tempoh “Raja Bekerja” pula akan berlarutan, sekurang-kurangnya seperti adat sediakala, yakni, “Berkampung” di perkarangan istana selama 44 HARI; dan upacara istiadat pertabalan dan “Menutup Kerja” yang berikut daripada itu memakan masa habis kurang “3 HARI - 3 MALAM”. Lepas itu, buat kenduri dan berangkat menziarahi perkuburan almarhum-almarhum dan sanak saudara. Itu memakan masa tambahan lebih kurang 33 HARI. Lepas itu barulah mustahid mengikut adat diraja barang membahagi-bahagikan harta pusaka almarhum mahupun menjelaskan wasiat / hebah dan sebagainya. Bagi keseluruhan, sudahpun berjumlah 6 bulan; belum lagi termasuk hari-hari itu dan ini yang beranalisa kepada perkiraan mulai hari pengkebumiaan jenazah diraja.

(Ataupun)

*(C) Masih menunggu mahupun menuntut penyerahan seperti janji-janjinya wasiat / hebah pentitahan almarhum atas alat-alat kebesaran negeri itu dihabuankan kepada bakal Raja Perak. Sementara waktu, mungkin telah di“pinjam” untuk mengupacarakan pengesahan Sultan Alauddin Riayat Shah SELEPAS 144 HARI. Anggapan ini adalah anggaran minima. Barang-barang itu semestinya masih dalam kawalan Bendahara dan Seri Nara Diraja. Mengikut pembayangan ‘Tarich Atjeh’, Sultan Muda Alauddin kelihatan telah ditabalkan di Acheh disaksikan oleh paduka ayah mertuanya Baginda Sultan Salahuddin. Apakah tiada (Sultan Johor) itu memakai alat-alat kebesaran kesultanan Melaka? Dan apakah Baginda ditabalkan mengikut adat-istiadat diraja Acheh? Jika perkakas tersebut telah dipinjam ke Acheh, maka hakikatnya Raja Muda Muzaffar kian menanti dan masih berada lagi di Kampar.

(Dan/ataupun)

*(D) Sesudah memperolehi ‘Perkakas Kerajaan’, rombongan Raja Muda ke Negeri Laut masih tertangguh-tangguh kerana Tun Terang enggan berlepas; dan Raja Muzaffar tidak mahu pergi tanpa permaisurinya itu. (Maka tertangguh lagi sementara baginda dan orang-orang besar memujuk Raja Perempuan Muda Tun Terang). Apakah ini pasalnya Raja Perempuan Muda itu dihincitkan?”. Penulis mengesyaki sudahpun tercetus semenjak tempoh kegeringan almarhum Sultan Mahmud lagi, perihal penyelewengan perlembagaan adat dan kelayakan telah terkesan yang menjadi punca ketidakpuasan hati rakyat jelata, termasuklah Tun Terang sendiri. Para penguasa di Kampar gagal cuba menyelimuti keaiban politiknya dalam suasana seandai sendiri telunjuk mencucuk mata. Pada ketika itu Sultan Muda Ali masih lagi membujang walhal kekandanya Raja Muzaffar sudahpun beristeri lagi berputera seorang”.

(Seharusnya juga berkait fakta-fakta di bawah ini)

*(E) Bendahara Paduka Tuan Tun Ishak telah disokongi oleh Laksamana Hang Nadim dan mereka mempunyai muslihat. Kedua-dua mereka itu dikisahkan pernah beberapa kali dimurkai oleh almarhum Sultan Mahmud atas kegagalan menundukkan angkatan Feringgi. Kedua-dua mereka sambil itu memang sudah lama dikatakan membenci puak pembesar istana yang berbenih ‘Keling’. Dan sesungguhnya Sultan Alauddin itu adalah dari zuriat kerabat Seri Nara Diraja dan Bendahara Tun Mutahir. Puak termaksudlah yang memelihara keselesaan almarhum Mahmud semenjak dari Melaka dalam tahun 1511 lagi. Raja Perempuan Besar Tun Fatimah itu adalah dari zuriat Bendahara kekelingan Tun Mutahir. Perangai Tun Fatimah dikatakan berlagak-lagak mengatasi batas adat dan mengambil kesempatan “bermain pemerintah dari kamar peraduan diraja” telah membuat pihak Melayu jati (merupai puak almarhum Bendahara Tun Perak Melaka) yang dikepalai oleh Tun Ishak Berakah dan Hang Nadim menunggu masa sahaja mengambil tindak balas sambil berdendam di sebalik sopan santun keistanaan. Dengan itu, telah menyerahkan segala alat-alat kebesaran diraja Melaka kepada Raja Muda Muzaffar sebelum baginda berangkat.

*(F) Dalam pada itu, Laksamana Hang Nadim seharusnya boleh mempunyai muslihatnya tersendiri. Ini mengatasi fakta-fakta yang telah tersebut di atas itu. Boleh jadi dialah yang menyeludupkan alat-alat kebesaran itu kepada Raja Muda Muzaffar. (Mungkin sesudah rombongan ke Perak itu berada di Kuala Sungai Kampar ataupun di Siak?) Ini berdasarkan fakta seseorang daripada isteri Laksamana Hang Nadim ialah adik kandung bonda Raja Muzaffar. Sesungguhnya Hang Nadim adalah bapa saudara baginda. (Namunpun Hang Nadim juga ada perkaitan saudara secara kerabat jauh dengan puak almarhum Tun Mutahir). Itu pasalnya Laksamana Hang Nadim tidak pernah dititah pergi ke Perak semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah I menjadi Raja Yang Dipertuan Perak.

Rumusan

8.25 Perkara sebab-sebab yang termaktub di atas (*(E) dan *(F)) itu harus boleh menguatkan sekadar fakta-fakta tambahan. Namunpun demikian, hujah-hujah penulis yang kukuh adalah seperti yang termaktub sebelum itu. Bagi pendapat penulis, nampaknya lebih munasabah*(B) (berkompromis)*(C), disertai*(D) adalah sewajarnya yang telah berlaku, yakni:-

* Pertangguhan dan / atau kelengahan keberangkatan baginda Raja Muda Muzaffar ke Perak telah memakan masa antara 6 - 8 bulan dari tanggal kemangkatan Sultan Mahmud.

* Sesudah sahaja diserahkan secara rasmi mematuhi bai’ah almarhum alat-alat kebesaran itu, baginda sudah sedia hendak berangkat dengan peraturan pihak urusan Perak; bukan dari inisiatif pentadbiran Kampar, kerana mereka sedang sibuk berulang alik dua kali ke Acheh atas peminangan dan kemudian perkahwinan Sultan Muda Alauddin. Maka diperingat-ingatkan oleh Bendahara kerana Raja Muda masih belum berangkat ..... pertangguhan terus berlaku atas kemungkinan kerana tiada kelengkapan yang setimpal dengan martabat baginda dapat diaturkan serentak. Anggota dan kelengkapan masih berada di Perak. *(Pengaturan kelam kabut tadbir seperti ini boleh terjadi walaupun dalam keadaan moden seperti masa sekarang. Apatahlagi dalam zaman silam di mana perhubungan boleh tergendala berbulan-bulan lamanya). Kisahnya akan diceritakan dalam bab yang menyusul nanti.

Rumusan

8.26 Kesimpulan yang dapat disarankan oleh penulis ialah Raja Muda Muzaffar bersama rombongan para pengiring telah diarah meninggalkan Kampar secepat mungkin; sempena menjelang minggu angkatan dan kelengkapan besar-besaran Pengantin Diraja hendak berangkat ke Acheh. (Pelayaran ke 2). Angkatan Perkahwinan itu sudah tentu termasuk kebanyakan keluarga Bendahara, Seri Nara Diraja, Laksamana dan segolongan para pembesar Kampar; kerana sesudah berada di Acheh, telah dilaporkan rombongan tersebut telah terus berpindah ke Pulau Lingga. Ada beberapa fakta yang kini muncul dalam pengetahuan kita:-

* Pertikaian yang kian timbul adalah berkenaan pematuhan adat resam. Barangsiapa sang raja yang telah ditimangkan untuk memakai segala alat-alat kebesaran negeri itulah yang berhak menjadi bakal Raja Yang Dipertuan. Suami (Raja Puan Besar @ Ampuan Muda) Tun Terang telah lama diperakui demi mewarisi pusaka kerajaan Melaka-Palembang. Maka bagindalah yang berhak menjembalai kerajaan tradisi asal. Adat termaksud juga diakui dan disanjungi oleh sekalian rakyat sekitar daerah Kampar, yang tergolong dari suku-suku masyarakat Minangkabau, Mendahiling, Rawa, Kerinchi, Palembang, Siak dan Jambi. Di antara mereka yang berpengaruh ialah Megat Terawis ibni Megat Terawan (kerabat Pagar Ruyung). Orang-orang Minangkabau memang terkenal sebagai sesuatu suku bangsa yang kuat mematuhi perlembagaan adat resam; dan kerabat pemerintah Minangkabau itu telah pun disedari menjadi adik angkat Raja Muzaffar. Apakah Tun Terang diketahui mengalu-alukan rakyat Kampar bertindak memulihi kembali penyelewengan politik oleh para penguasa pro Sultan Muda Alauddin Ria’ayat Shah? Adalah disangka para penyokong penegak adat warisan Srivijaya asal itu telah dijembalai oleh Megat Terawis.

* Bendahara Tun Ishak, Seri Nara Diraja dan Tun Fatimah, malah, Sultan Muda Alauddin sendiri seharusnya amat KHUATIR kalau-kalau Raja Muda Muzaffar dan isterinya dan para penyokong mereka merampas kuasa semasa pemergian rombongan perkahwinan dan penabalan Diraja Kampar tiada dalam negeri!!! (Rujuk kata-kata Tun Terang: “.....masakan beta merebut kerajaan Sultan Muda...”). Perlu diingatkan bahawa MEGAT TERAWIS dan orang-orang Minangkabau yang ramai di Kampar dan sekitaran negeri-negeri rantau sudah tentu menyebelahi Kerabat Pagar Ruyung itu dan menyokongi Raja Muda Muzaffar!

* Penyerahan alat-alat Nobat Melaka dan para ahli ‘Muntah Lembu’nya telah berlaku dalam lingkungan tetahun 1524/5 oleh Kerajaan Melaka-Dalam-Buangan di Bentan*. Ini juga atas bai’ah yang termaklum. Oleh itu saki baki yang berupa Perkakas Kebesaran Melaka yang menghiasi tubuh Raja Yang Dipertuan dan peralatan Singgahsana sahaja yang telah dipulangkan kepada Raja Muda Muzaffar oleh Bendahara dan Seri Nara Diraja semasa di Kampar. Dengan alasan ini, maka fakta yang terketara sekarang ialah, Sultan Muda Ali @ Alauddin Riayat Shah telah ditabalkan mengikut adat-istiadat Kerajaan Acheh di Negeri Acheh sesudah selesainya perkahwinan diraja di sana. Setidak-tidaknya telah dirasmikan secara sah di sana oleh para penguasa Acheh dan Johor-Riau. Ini berimplikasi ada kemungkinan juga pembisikan ‘Rahsia Nasab Sultani’ bagi baginda oleh Seri Bija Diraja juga telah dibuat di Acheh. Baginda telah dinobatkan dengan Nobat Acheh seandainya Kesultanan Acheh mempunyai Nobat. Ataupun boleh jadi alat-alat Nobat dan para juru pemuziknya adalah yang terdahulu pernah dianugerahi Sultan Melaka untuk kesultanan Kampar32. Nobat Raja Melaka sudah pasti tidak digunakan kerana kesemuanya telahpun dipindahkan semenjak tahun 1524/5 dari Bentan ke Manjong.

* Peristiwa keberangkatan Raja Muda Muzaffar telah berlepas ke Siak lebih kurang 8 bulan selepas hari pengkebumiaan paduka ayahandanya almarhum Sultan Mahmud dalam tahun 1530. [Andai mangkat dalam bulan Januari, maka Baginda Muzaffar berlepas dalam bulan Ogos. Andai mangkat pertengahan tahun maka Raja Muda berangkat dalam bulan Januari 1531.]

* Megat Terawis telah menjadi Panglima Besar dan pemangku menteri Raja Muda Muzaffar semasa tempoh pelayaran baginda ke Perak itu. Sudah tentu beliau beriringan sekumpulan kecil para jejuaknya suku Minangkabau. (Pola orang Minangkabau memang suka merantau)

8.27 Sambil mempertimbangkan hal-hal yang sensitif bagi kejayaan menentang Feringgi dan merampas semula kota Melaka itu, apakah Bendahara Ishak sudah menyesal melaksanakan strategi yang asal? Apatah lagi pihak Hujung Tanah sudah menjalinkan perkahwinan politik dengan Kerajaan Acheh. Tapak di Johor Lama sudahpun dikenalpasti lebih mudah secara taktikal untuk dipertahankan dan tetap di kawasan tradisional di ‘Hujung Tanah’. Hendak menarik balik atau membatalkan pengaturan yang sudah siap sedia dan sekadar menunggu isyarat semata-mata itu, nescaya akan menghampakan harapan (“expectation”) rakyat-rakyat Melayu nun ke utara tanah di Manjong-Beruas dan Kedah (mungkin juga sampai ke Kelantan-Pattani). Negeri-negeri tersebut tetap dianggap di bawah payung pengaruh Hujung Tanah. Mengengkari pakatan dan janji-janji yang sudah dimeterai dengan nobat dan cincin diraja sebegitu lama akan menjejaskan martabat dan air muka Bendahara Ishak. Sesungguhnya para pengkaji riwayat beliau ada yang menyifatkan personaliti beliau sebagai seorang yang bijak, pintar, angkuh, berkewibaan, sombong diri dan juga “egoist”. Ciri-ciri yang tiada padanya ialah beliau bukannya seorang berperangai “surung-sentap”, baginya yang sudah terjalin akan dikabulkan kerana Bendahara Ishak ialah seorang panglima yang berprinsip tegas.

8.28 Dari pandangan yang telah kita perolehi, nampak jelas tidak pernah karangan dari ‘Sejarah Melayu’ sebelah ‘Hujung Tanah’ itu menceritakan tentang perkara-perkara yang akan menjejaskan maruah keperkasaan Kerajaan Melayu di Johor; malah sebaliknya meninggi-ninggikan pula kemuliaan Sultan Alauddin Riayat Shah, Yang Dipertuan Johor yang pertama. Dalam pada itu, entah bagaimana pula kisah-kisah yang dibayangkan tentang berbagai perkara, lalu termuncul juga apa yang telah terselubung di sebalik riwayat orang-orang Melayu warisan ‘Bukit Saguntang’. Ini sesungguhnya dengan tidak secara langsung, terbongkar jua tentang perihal ‘Orang-orang Kalur’ itu nanti.

Epilog Keadaan Di Bentan

8.29 Menggulung perihal riwayat di Pulau Bentan, awal bermula terkisah, Sultan mengenangi sudah lama Tun Aria Bija Diraja tidak mengadap. Sultan Mahmud gelisah pada suatu malam, dan saat itu juga dititah baginda menyuruh Bendahara Tun Khoja Ahmad datang berbicara. Bendahara setelah mendengar titah baginda, mencadangkan anaknya Tun Ishak pergi berpesan kepada pembesar Manjong untuk datang ke Bentan. Malah, atas peri pentingnya rencana, pada malam itu juga Bendahara mengarahkan anaknya datang ke rumahnya. Diberitakan segala-galanya yang telah tersirat dalam pakatan. Adalah disyaki masalah yang lebih berat dipikul antara Sultan, Bendahara dan beberapa pembesar tertentu, ialah perihal mengatur strategi sosio politik mempertahankan ‘air muka’ kenegaraan seberapa yang baik, daripada peluang-peluang yang kian terdedah. Baginda telah mencapai putus kata setuju dalam pelangkah tekat yang dibicarakan secara sulit pada malam itu. Perkara terulung yang dimaksudkan ialah: Bagaimana Perkakas Kerajaan dan maruah kedaulatan Melaka akan selamat terpelihara dengan sempurna? Rancangan yang sudah sekian lama diperbahaskan boleh pula sambil itu, menyelesaikan tekanan jiwa baginda atas kehendak Tun Fatimah dari dalam kamar peraduan diraja.

8.30 Sesudah mustahid pada kemudian peristiwa selepas pakatan dengan pihak penguasa Manjong-Beruas, ura-ura mengirimkan Raja Muda Muzaffar berkerajaan di kawasan ‘Negeri Laut’ sudah tentu terdesas-desus di perkarangan istana, kerana perbincangan tentang hal ehwal kedaulatan negara itu bukanlah sesuatu perkara yang boleh terus dirahsiakan. Beraneka hal dalam masalah yang menyusuri di dalam istana sememangnya adalah menjadi “rahsia terbuka” semata-mata. Lebih-lebih lagi perihal kenegaraan; berakibat menerbitkan interaksi naik turun semangat para pembesar bawahan dan rakyat jelata atas keputusan melepaskan. Perkakas-perkakas Kerajaan yang berdaulat ...... Entah bila ianya akan kembali semula ke pangkuan negeri ‘Hujung Tanah’. Dapat terbayang di dalam suasana perancangan itu, isteri Raja Muda yang mengikuti perkembangannya, pasti merasai berat hendak meninggalkan sanak saudara dan bumi Hujung Tanah, berpindah ke sebuah tapak yang berjauhan dari kerabatnya dan wajarlah asing bagi Tun Terang itu.

8.31 Perkara-perkara menguruskan penyandaran alat-alat Lambang Kenegaraan Melayu Bukit Saguntang berlangsung dalam keadaan yang sering menempuhi persengketaan serangan tindakbalas di perairan dan di darat sekitaran Hujung Tanah, di antara Melayu menentang musuhnya kuasa maritim Feringgi. Muslihat itu sesungguhnya akan memerlukan berbagai ikhtiar dan inisiatif seandai bermain catur menggadai pengorbanan nyawa dan harta benda pusaka individu, kelompok dan negeri. Pemahaman oleh para pembesar negeri, terutamanya bagi Bendahara yang sudah tua, oleh Laksamana Hang Nadim dan hulubalang besar seperti Paduka Tuan Tun Ishak, yang penuh dengan pengalaman perit mempertahankan Kota Melaka dalam suasana berundur-undur sudahpun kita sedari. Sememangnya tidak putus-putus bakat kepanglimaan Melayu yang perkasa telah dilahirkan dari golongan zuriat bangsa tradisional Melaka. Para pembesar yang lebih terkhusus adalah Bendahara-Bendahara Melaka. Merekalah sesungguhnya menjadi tulang belakang kedaulatan diraja Melaka.

8.32 Masalah yang amat terutama bagi para pembesar Kerajaan Melayu Melaka-Dalam Buangan semasa di Bentan itu nyata telah mempertimbangkan hal ehwal yang tersebut. Peri pentingnya demi mempertingkatkan semangat, yakni moral kepatriotisme dan kewiraan saki baki angkatan yang kian merosot, berjangkit dari kemunduran rakyat yang sudah berpecah-belah yang tidak dapat terkawal lagi semenjak dikejar-kejar oleh Feringgi. Semangat yang menurun disertai dengan tercemarnya imej kenegaraan bangsa ‘Melayu Melaka’ yang berundur, dan tetap berundur, berpindah-randah ke sana-sini itu perlu disekat; demi maruah ‘anak Melaka’ tidak terus memupus, terkhusus dari sudut kacamata kerajaan-kerajaan Melayu jiranan. Apatahlagi dari pandangan Kerajaan Siam. Tentu sekali akan mencetuskan keaiban martabat lambang pusat empayar Melayu-Melaka serta para pemimpin dan rakyat jelatanya.

8.33 Apalah sudah terlintas di hati para penasihat diraja, istimewanya oleh Bendahara Tun Khoja Ahmad, anaknya Tun Ishak Paduka Tuan, bersama Laksamana Hang Nadim, redha menyerahkan nasib kerajaan bernaung kebawah panji-panji kebesaran empayar Majapahit? Ura-ura berpindah ke alam Jawa sudah pasti sampai ke pendengaran rakyat jelata. Ada pula yang sudahpun melabur nasib ke bumi-bumi di kawasan sekitaran garisan Khatulistiwa.

8.34 Sejarah Sulawesi Selatan ada melaporkan tentang orang-orang (Melayu) Melaka, Johor dan Bentan telah berpusu-pusu berhijrah dalam kelompok-kelompok kecil lalu menjadi warga negeri di daerah Mandar dan Soppeng, dan yang pada kemudian riwayat dijemput berpindah ke Makassar33. Ini adalah sesuatu bukti yang kukuh menunjukkan sudah ramai yang berputus asa tentang keadaan di Tanah Melayu Semenanjung. Pemindahan orang-orang semenanjung ke Pulau Sulawesi itu telah dilaporkan berlarutan semenjak selepas tahun 1519 hingga lebih kurang ke tahun 1528. Bersamaan dengannya, sejarah Kalimantan Barat juga banyak menceritakan tentang para warisan rakyat Melaka dan Hujung Tanah yang telah belayar membawa nasib membuka kampung di sana juga lebih-lebih lagi di Sambas34.

8.35 Bukti-bukti yang tersebut mengetarakan sudah ramai rakyat (Melayu) Melaka, Bentan-Johor-Riau dan sekitaran jajahan yang bergantung rezeki daripada ‘Tuah Melaka’, sudah merasa kecewa. Rakyat jelata yang menjadi sumber tenaga manusia pertahanan dan keutuhan ekonomi kerajaan Melayu Melaka telah mulai berkecai-kecai dan kian berpendirian mengikut kelompok perkauman tersendiri. Ini menyabitkan penceraian persatuan semangat bangsa Melayu Semenanjung pada amnya, dan di kawasan ‘Hujung Tanah’ secara terkhusus.

8.36 Halakian, ketika sedang dilamun impi-impian kenaikan semangat yang menurun, maka seperti lazim bagi budaya masyarakat Melayu zaman lampau dibuatkanlah serangkap pantun oleh seorang pujangga Melaka semasa di Bentan......

‘Kalaulah roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalaulah sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan’



Label:

Ditulis Oleh OSIS SMANDA @ 23.06  
0 Comments:
Posting Komentar
<< Home
 
TENTANG SMANDA
agus_dhisma

Name: OSIS SMANDA
Home: BANGKINANG, INDONESIA
About Me: Blog ini adalah tempat para OSIS meng X-Presikan karya-karya yang telah mereka buat....
Lihat Profil Lengkap
DAFTAR BERITA
ARSIP BERITA
LINK SITUS
ADMINISTRATOR
OCU AGUS, JS Merupakan Administrator Web & Jaringan di SMA Negeri 2 Bangkinang
PHOTO-PHOTO
Drs. M. Yanis Lajid, Wakil Kurikulum di SMA Negeri 2 Bangkinang
Salah satu wajah rumah adat di Kabupaten Kampar
Dari kiri Sukaidir (Kades Salo Timur) dan Drs. Srihanto (Wakil Sarana dan Prasarana) SMA Negeri 2 Bangkinang
Bupati sedang mendengarkan penjelasan oleh Bapak Djoko Surjanto pada waktu kunjunga Bupati dan Wakil Bupati Kampar ke SMA Negeri 2 Bangkinang


SMA Negeri 2 Bangkinang Jalan DR. A. Rahman Saleh No. 55 Kec. Bangkinang Kab. Kampar Copyright 2008 SMANDA Yesss By Ocu Agus, JS